Akal.

Bossy.

Mengarah sana sini.
Hidung tinggi.
Menjadi kebencian orang ramai.
Ya mungkin itu aku.
Tapi bersebab.

Kenapa.
Bila semua orang pentingkan diri.
Bertindak melulu tanpa berfikir kesan terhadap orang lain.
Perlu ada seseorang untuk rasa bertanggungjawab.
Kadang kala, orang membenci sebab mungkin sikap ini dirasakan agak meluat.
Tapi bila tiada siapa yang ambil tindakan.
Segalanya huru hara.
Perlu dibetulkan supaya tidak berlanjutan.
Bukan berniat nak mengarah sana sini.
Cuma segelintir orang sekeliling akal nya masih kurang bijak.
Hanya pandang keburukan orang.
Tapi hati diri sendiri entah macam mana.

Sedarlah.
Manusia semakin meningkat usianya.
Semakin matang pemikiran bukan semakin cetek.
Belajar menjadi lebih sistematik dan optimis.

SEKIAN..

Kesedaran Tanggungjawab

Assalamualaikum semua. 

Hari ni Bumbum nak update lagi. 
Hahah bersabar lah ye. Jangan lah marah. Bukan selalu dapat update blog hari hari. Nanti dah start class, nak check blog pon payah tauuu. *meneruskan typing sambil minum iceblended Milo.

Hari ini entry pasal KESEDARAN TANGGUNGJAWAB.

Semalam Bumbum tengok sat rancangan reality China tau. CHINESE DREAM nama rancangan tu. Seriously lepas tengok rancangan tu semalam satu kisah budak ni buat Bumbum tersedar kejap. *eh kejap je? Haha.

Kisahnya macam ni, budak tu sekarang dah umur 18 tahun. Dia pekak tahap serius since kecik sebab masa treatment ada kecuaian. Lawa budaknya, bapak dia kat penjara. Dia masuk rancangan tu sebab nak dana. Dia nak bukak pusat tarian, nak jadi cikgu tarian. Since kecik mak dia besar kan dia. Dia memang tak dengar langsung. Dia hanya boleh paham rentak mulut orang bercakap.

Kesian tengok dia. Nak cakap pon payah. Dia belajar menari sungguh sungguh nak tolong mak dia. Dia cakap mak dia penat jaga dia. Sebab tu dia nak duit, bukak pusat tarian, dapat sara keluarga, so mak dia tayah susah susah dah. Hampir menitis air mata Bumbum tengok dia.

Gigih dia menari. Tau tak? Dia mana boleh dengar music. Macam mana dia menari? Cikgu tarian dia buatkan kiraan. So dia menari based on kiraan nombor. 
Cekal sungguh hati dia.

Bumbum terdetik kat hati tengok dia gigih macam tu. Dah la cacat. Kita yang sempurna ni buat apa? Tak sumbang apa apa untuk keluarga. Apatah lagi mak ayah kan. Bila tengok Jiao Jiao (nama budak tu) Bumbum jadi motivated. Nak teruskan hasrat jadi doctor. Umur sekarang dah 23, tapi masih bawah tanggungan mak abah. 
Habis belajar mauuu umur 28.

Kadang tu ada jugak rasa bebankan keluarga. Tapi Bumbum tahu mak abah nak Bumbum berjaya masa depan terjamin. So, kawan kawan jangan rasa bersalah nak menuntut ilmu. Sebab dengan ilmu lah kita berbeza dengan orang. Belajar pandai pandai, kerja elok elok balas jasa mak ayah, keluarga.
Tapi jangan lah duk enjoy je masa belajar. Jangan jadi anak yang tak bersyukur. Tak menghargai kedua ibu bapa. Ingat, kemana kita pergi, kita membawa nama mak ayah dan keluarga kita.

*that’s why Bumbum suka buat part time. Cari extra income sendiri. Pandai2 cari duit poket. Since form 3 lagi dah start cari duit sebab memang mak abah didik kalau nak something tu kumpul duit. So far memang tak penah mintak apa2 dari dorang. Tab ni pon birthday present. Laptop ni pulak sebab nak ganti laptop Bumbum yang dulu bagi kat adik.

Orang yang kurang upaya tu kadang kadang lagi bersyukur daripada kita yang sempurna ni.

Ya Allah ampunilah aku. 
Aku telah mensia siakan nikmatMu.

Sebagai peringatan, kawan kawan semua, bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Gunakan sebaiknya. Ingat lah bahawa ada insan yang lagi bernasib malang diluar sana.

Ambil iktibar. Fikir masa depan. Balas jasa mak ayah dengan kejayaan kita.
Wahhhh tacing pulak entry malam ni.

OKAYYY CHUOLSSS.

Bumbum nak sambung minum iceblended. Harap entry kali ni kita sama sama buat pengajaran. Walaupun Bumbum tak sempurna, tak salah kita kongsi kan. Sama sama ambil iktibar berusaha ke arah kebaikan.

INSHA ALLAH.
SEKIAN.

Assalamualaikum.


Holla New Look !!!

 Assalamualaikum. 

Hey semua !

Cewahhh sejak dah ada laptop sendiri ni, rajin pulak Bumbum mengupdate blog kan. Kalau boleh hari hari nak update. 
Ke update setiap jam? Hahahah.
Yeay harini, saat ini, masa ini, jam ini, dengan rasmi nya blog ini dah ada header sendiri. Yehaaaa. Tengok laaa tengok laaa. 
Siap customized lagi. Ada nama and gambar Bumbum yang terrrrrsangat JAUNDICE (penyakit kuning) kat situu. Huuu. Dengan gambar pose ala ala POYO tu, earpiece bulu bulu. Awwww.

Amacam? Lawa tak? Meletoppppsss tak? Haaa yang penting Bumbum nak cakap terima kasih sangat dekat ANAS HAJI AHMAD

Gi klik nama dia tu, nanti korang boleh tengok blog diaa. 
Blog dia best. Simple but nice.
 Sebab orang nya memang sangat simple. 
*ni bukan puji nak amik hati kauu tau. heheh.

Anas ni lah yang banyak tolong Bumbum. Penyabar orang nya. 

SERIOUS PENYABAR!!!

Hahah boleh dikatakan dia laa yang banyak bantu Bumbum selesaikan masalah masalah yang berkaitan blog ni. 




And the important part is, ANAS lah yang buat kan HEADER Bumbum yang gempak gilaaa tu. Creative kan diaaaa. Harapkan Bumbum buat sendiri memang kelaut laa jawab nyaaaa. Muehehehe. 
*Nanti kau datang Shah Alam jom aku belanja KFC eh Anas. Hehehehe.

 Bumbum suka sangat, first dia cakap KUNING tak sesuai sebab background Bumbum pink. Haha. SO, Bumbum cari laa background KUNING since I am YELLOW LOVER. Gigih nak bagi kuning semuaaa. Haaa nanti JAUNDICE laaa pulak korang. HAHAHA. Pakai sunglass eh kalau nak tgok blog Bumbum yang sinar menyinari ni. Muahahahah. Sorrryyy.

Haa lagi satu URL blog ni pon dah tukoo.

URL baru doctorbumbum.blogspot.com
Hahah gempak kan. Alaaa Bumbum tau mesti ada yang tanya asal doctor? Bumbum bukannya doctor pon. Study pon tak habis lagi dah belagak doctor. Poyo je lebih. Mihmihmih...

Hahaha. Biaa laaa. Bumbum kan sekarang tngah buat 
BACHELOR MEDICAL SCIENCE
Insha Allah nak sambung MBBS ( Bachelor in Medicine and Surgey ) 
which is Doctor. Memang dah tekad walau apa pun terjadi, nak teruskan jadi doctor. So bila Bumbum letak doctor kat Url tu, bila korang baca tu kira korang dah mendoakan Bumbum laa. Ye idak??? So, jangan lah salah sangka Bumbum nak show off ke gedik gedik ke. Hehehe. 

Say : 
Semoga Shazwin Hani ( yang famous dengan nama Bumbum ) 
menjadi doctor yang berjaya pada masa depan. Berbakti kepada nusa bangsa dan negara.

AMINNNNNN.

haaaa cemtu ahhh.


Sekian untuk kali ni. Entry ni saja nak show off NEW LOOK
Heheh. 

OKAYYY CHUOLSSS.

Take care.
Bumbum nak tengok tv sambil tunggu kekasih hati #eh? 
Ngahahaha. Biarlah rahsiaaaaa.

Assalamualaikum. 
Semoga hari anda semua diberkati ALLAH.


Mana Nak Makan ??

Assalamualaikum semua.

Korang buat apa? Mesti lah tengah baca blog ni kan. Takkan tengah berenang pulak kan. Heheh.

Hari ni Bumbum baru ada kesempatan nak tulis pasal restoran restoran kat Shah Alam. Hahaha. Setiap kali nak makan kan, mesti ada masalah nak pilih kedai makan sebab dah bosan makan tempat yang sama. Kadang kadang tu boleh buat bergaduh la jadinya.

Dah almost 3 tahun stay kat shah alam ni, naik jemu makan kat sini. Sebab tu tiap tiap minggu Bumbum balik sungai buloh. Mak masak jugak THE BEST food ever. heheh. So, hasil pemburuan makanan kat shah alam ni, ni jelah yang dapat Bumbum share. Ada lagi kedai, tapi tak ingat nama. Kang tulis takut salah, korang tak jumpa pulak kedai nya. Kang tak memasal Bumbum kena marah. heee. 

So bagi yang tak tau nak makan kat mana, nah kat sini Bumbum ada list down beberapa kedai makan yang korang boleh pilih laa. Takde laa nak susah payah fikir fikir lagi kan. Huuuu
Kalau student MSU tu memang standard lah kalau kitorang lepak dekat mamak. 

Ni list down kedai mamak, bistro tempat nak memekak lepak lepak bazir masa. Hehehe.

     Ali Bistro ( Seksyen 13, deret dengan juadahs, dekat belakang Tesco, sebelah kedai Geng’s Corner)
Comment : makanan dia mahal lah. Nama pun bistro kan. Tapi try laa roti cheese susu dia, sedap wey. Rasa bahagia je makan.

         Restoran Asiba ( Seksyen 13, dekat ngn Geng’s Corner, depan Menara U, opposite van burger)
Comment : makanan kat sini sedap boleh tahan lah. Bagi Bumbum yang sedap kat sini mee goreng ngn kuey tiaw goreng. Harga dia murah. Bagus laa untuk student. Hari tu Bumbum makan mee goreng ngn sirap limau baru RM4.90)

     Rafi bistro ( Seksyen 13, dekat laman seri, depan Hajar Cafe)
Comment : makanan biasa standard Ali Bistro. Harga pon sama. Kalau nak lepak lepak boleh lahh. Sini port budak PTPL Shah Alam. Nak cuci mata meh sini. Hihihi.

    Restoran Shaaz ( TTDI, opposite speedmart, sebelah MAYBANK)
Comment : port budak budak Politeknik shah alam. Sini paling sedap rasanya dia punya mee rebus. Sedap weyhhh. Rojak dia pon not bad. Malam malam memang ramai lepak. Tapi sini tade wifi. Harap maklum.

#Dekat Dataran Otomobil, Seksyen 15 pon banyak kedai mamak. Tapi ramai foreigners laa sana.

Kedai kedai selain Mamak

   *Opah (TTDI, sebelah Aimar, belakang petron)
Comment : haaa, ni kedai nama opah. atuk takde. hehe. opah ni best. portion makanan dia banyak. harga pon murah. berpatutan lah. dia ada Nasi goreng kampung basong tak silap. tu la speciality dia. kat sini ada jugak western, otak otak pon ada. sini memang sesuai kalau dah lapar sangat, nak portion yang banyak.

         Adi Tanjong (sederet kedai buku, Seksyen 13, Deret restoran Asiba, opposite Bistro Qaseh)
Comment : ada set sup. Tapi tak berapa sedap lah. Tapi sup dia sup daging, yang Indian tak boleh laa yer. Ada jugak makanan lain, macam otak otak, yong tau fuu. Malam memang ramai melepak. Ni pon port budak MSU, tambah tambah lagi yang duk depan MENARA U.

       *Bistro Qaseh (Seksyen 13, depan Menara U, deret 7e, opposite Adi Tanjong)
Comment : Try makan nasi putih ngn tomyam. Sedap. Harga boleh la. Standard. Kedai ni bukak sampai pukul 11 malam. Nice place to bring your family.

       Restoran Vicchuda Tomyam( seksyen 7, dekat Hakim tak ingat blog mana)
Comment : masakan Thailand laa basic dia. Haritu Bumbum makan nasi goreng tomyam, sedap nyeewww. Terasa tomyam dia. Harga tak mahal. Service pon okay.

       *Restoran Andaman ( seksyen 23, dekat Aeon, belakang Tat Nasi Ayam)
Comment : kedai ni bukak sampai pukul 2 pagi tak silap. Breakfast pon ada. Haritu Bumbum datang around 10pm. Nasi lauk still ada, macam macam lauk korang !!! bumbum order rojak, kerepok lekor, keuy tiaw kungfu. Nasi goreng dia sedap. Harga murah. Makanan dia semua menarik. Ni kedai orang pantai timur. So, hok saeng2 klate, ganu boleh laa maghi sini yee. Hehe.

      Hajar Café ( Seksyen 13, depan Rafi Bistro)
Comment : makanan dia murah. Rasa boleh boleh laa. Kedai ni Bumbum suka pegi sebab tak ramai orang, so bila dah lapar sangat baik datang sini. Cepat je service, hati pon tak panas. Hahaha.

      Café De’ 13 ( seksyen 13, sebelah Dhiafah, sederet Nasi Lemak Cinta Sayang)
Comment : Tak yah laa datang sini kalau tak sabar. Service lambat sikit. Udang goreng tepung dia dah macam cekodok dah. Tak berapa nak sedap. Huhu.

       *Tat Nasi Ayam ( TTDI, belakang petronas, dekat seksyen 23 pon ada sebelah Aeon, tepi jalan, bawah gym)
Comment : ada dua jenis nasi ayam. Biasa or panggang. Yang panggang dia siap bagi air asam untuk cecah. Sedappppp ! harga dalam RM6.50 tak silap. Ada jugak satay ikan. Comey comey je satay nya. Otak otak pon ada. Kedai ni baru lagi.

       *Dhiafah ( Seksyen 13, sebelah Café De’ 13)
Comment : cuba korang try lunch nasi lauk kat sini. Terbaikkkkk dik nun ! haritu Bumbum makan ikan keli goreng cili, sayur2 murah je. Serious murah. Makanan dia yang bercili memang agak kepedasan, tapi sedapppp walaupun berair mata. Yang tak suka or tak boleh makan pedas, disarankan jangan amik lauk yang pedas2 kat sini.


    *Ami Restoran ( TTDI, bawah gym, sebelah 7e, opposite Makbul)
Comment : sini syok kalau lunch, lauk dia semua sedap sedap. kalau makan memang licin pinggan. Sini tempat lepak budak budak Politeknik Shah Alam. mostly lelaki laa yer. memang sambil isi perut, cuci mata. Hikhikhik. Makanan dia murah murah. Memang memuaskan.
        
    Wakiki Cafe (dekat Plaza Alam Sentral, sebelah kedai mamak apa tah)
Comment : tempat dia santai santai. makanan? Tomyam the best. Harga standard. nak lepak lepak boleh laa.

     Big Mug ( Dekat Plaza Alam Sentral, tepi jalan je, dekat TTDI pon ada)
Comment : Tomyam sedap. Yang lain lain okay jugak. Harga mahal gak laaa. Tapi berbaloi dengan makanan. Antara kedai tom yam yang sedap. 

   Restoran Barra (Seksyen 7, jalan nak g I-city, belakang McD)
Comment : Tempat syiokkkk lepak. ada shisha. huihuihui. Makanan special kat sini Nasi goreng ayam Barra. Memang sedap lah. Ayam berempah. Dia bukak sampai lewat malam. Sini nak cuci mata cari jodoh budak Uitm Shah Alam buleh lerrr. hahah.

    *Mohd Chan ( bukan Wah Chan yerr. Heheh. Dekat Seksyen 15, deret dengan poliklinik, Ambank, dekat bulatan)
Comment : Makanan kat sini memang SEDAP. Harga nya berbaloiiiiii. Kalau tengok menu rasa nak order semua. Dim Sum dia sedapp woii. Ada pau. Macam macam laa. Ni kedai cina muslim. So basic makanan dia makanan chinese laa. Bawak family try makan siniii.

   

Burger Burger, Kuih Muih, Selain nasi.

  Van Cendol (belakang Tesco extra ada satu, satu lagi dekat depan Lembaga Zakat Selangor, dekat seksyen 7 pun ada) 
Comment : dekat belakang tesco lagi sedap compare lagi dua ni. Haaa, harga standard laa harga cendol. Ada jual laksa gak. Masa panas2 sedap laaa pekena cendoiiii.

   Rojak Subang SS15 ( dekat seksyen 15)
Comment : Rojak terbaikkkk ! Ada jual ABC ngn cendol gak. Dia bukak tengah hari sampai petang je.

   Kuih Muih ( dekat TTDI, opposite masjid, depan kedai mamak Masyhur)
Comment : Kat shah alam ni memang susah nak cari kuih muih nak minum petang. So kat sini dia jual macam macam kuih. Ayam goreng laa, kerepok lekor laa, tau fuu faa laa, semuaa ada. 

Burger 
1. Van, depan Menara U, opposite Asiba, tepi jalan, bawah tiang lampu
Comment : Burger pakcik ni memang laku. Sebab burger dia sedap. Huuuu. Petang petang sikit dia baru bukak sampai kul 1 pagi tak silap.

2. Stall depan Restoran Shaaz, TTDI
Comment : Burger dia ni pon terbaik gak. ramai orang beli. rasa nya burger ni lagi okay compare yang kat depan Asiba tu.


OKAYYYY. 

Sekian. 

Penat dah duk perah otak nih pikir. Yang lain lain tu korang GOOGLE laa eh. Ni je yang termampu Bumbum tolong. Semoga korang tak hadapi masalah dah macam Bumbum selalu sakit kepala sakit hati nak fikir tempat makan. Hikhikhik. 



Ni cendol dekat van tuuu. Sedappp woiii.














    


Meltyhersheys Strawberry

Assalamualaikum semua. 

Apa khabar? 
Hehehehe lama nya tak berblogging. 
Alhamdulliah sekarang dah boleh blogging selalu sebab abah baru je belikan Bumbum laptop baru. Selama dua tahun tak ada laptop. 
Now dah ada, sebab yang dulu punya bagi kat adik. Laptop baru jenama Ienovo. Warna merah. 
Kalau ada warna kuning lama beli dah. 
Hehehehe.

Dapat je laptop baru, terus google cari resipi. Nak buat melty hesheys. Since sekarang ni musim panas kan. 
Alang alang tengah cuti ni, so nak asah skill buat manisan. Cadang nya nak amik tempahan masa short semester nanti. 
Nak tambah duit poket (since duit banyak dah habis duk tanggung kawan tak guna tu). 

Okay senang je resipi dia. Bumbum buat main ikut suka hati. 
Sukatan agak2. 
Hahaha.

Bahan bahan nya : 

- cream cheese 200g ( boleh beli dekat pasaraya. dalam tupperware macam planta)
- whipping cream 200g ( boleh pakai yang dalam botol tu or dalam kotak punya. ada jenama anchor, emborg )
- susu pekat suku cawan ( jangan banyak banyak manis kak oii)
- biskut oreo, cream O ataupun biskut marie
- melty hersheys ( coklat or strawberry )
- coklat m&m , marshmellow, buah buahan or ikut creativity 



Kalau tak suka strawberry, boleh jugak guna coklat.
Nak pakai Nutella pon boleh.
 Cara penyediaan :

- kacau rata semua bahan tu. sampai agak2 creamy.
- sediakan bekas, ceduk adunan satu senduk tuangkan dalam bekas.
- pecah pecahkan biskut, susun atas adunan.
- tuang melty hersheys
- taburkan kacang2, buah buahan or coklat m&m
- ulang balik step sampai lapisan yang korang nak
- hias lah ikut suka
- simpan dalam peti sejuk

Tadaaa.... Ni lah hasil nyaa. Jangan ingat seganas ganas Bumbum ni tak boleh ke dapur. Haaa. 

Ni hiasan yang tak seberapa but still menarik kan? Hehe jangan pandang pada rupa. Try duluuuuu. Kasi rasa sedap kaaa tarak sedap....

Boleh hias dengan syrup strawberry. Letak marshmellow pon boleh. Isi dalam Bumbum pakai biskut oreo. Boleh jugak pakai biskut Marie.
Senang je nak buat ni kawan kawan, adik adik, kakak kakak, yang penting nak tak nak jeeee. Hehehe. Siapa nak order nanti boleh laa. Lepas cuti semester Bumbum bukak order untuk orang Shah Alam. Harga kasih sayang Bumbum bagi. Cewahhhh.

Nanti nak try buat Tiramisu pulak. Nanti Bumbum update resepi yer.
Okay lah nak squat. Jom exercise. Kuatkan otot kaki anda. Kihkihkih.
Sekian dari Bumbum.
xoxo

Salam.

Follow me : MANGOBUMBUM



Blog sedang dikemaskini. 
Harap maklum. 
Hehe..