Kesedaran Tanggungjawab

Assalamualaikum semua. 

Hari ni Bumbum nak update lagi. 
Hahah bersabar lah ye. Jangan lah marah. Bukan selalu dapat update blog hari hari. Nanti dah start class, nak check blog pon payah tauuu. *meneruskan typing sambil minum iceblended Milo.

Hari ini entry pasal KESEDARAN TANGGUNGJAWAB.

Semalam Bumbum tengok sat rancangan reality China tau. CHINESE DREAM nama rancangan tu. Seriously lepas tengok rancangan tu semalam satu kisah budak ni buat Bumbum tersedar kejap. *eh kejap je? Haha.

Kisahnya macam ni, budak tu sekarang dah umur 18 tahun. Dia pekak tahap serius since kecik sebab masa treatment ada kecuaian. Lawa budaknya, bapak dia kat penjara. Dia masuk rancangan tu sebab nak dana. Dia nak bukak pusat tarian, nak jadi cikgu tarian. Since kecik mak dia besar kan dia. Dia memang tak dengar langsung. Dia hanya boleh paham rentak mulut orang bercakap.

Kesian tengok dia. Nak cakap pon payah. Dia belajar menari sungguh sungguh nak tolong mak dia. Dia cakap mak dia penat jaga dia. Sebab tu dia nak duit, bukak pusat tarian, dapat sara keluarga, so mak dia tayah susah susah dah. Hampir menitis air mata Bumbum tengok dia.

Gigih dia menari. Tau tak? Dia mana boleh dengar music. Macam mana dia menari? Cikgu tarian dia buatkan kiraan. So dia menari based on kiraan nombor. 
Cekal sungguh hati dia.

Bumbum terdetik kat hati tengok dia gigih macam tu. Dah la cacat. Kita yang sempurna ni buat apa? Tak sumbang apa apa untuk keluarga. Apatah lagi mak ayah kan. Bila tengok Jiao Jiao (nama budak tu) Bumbum jadi motivated. Nak teruskan hasrat jadi doctor. Umur sekarang dah 23, tapi masih bawah tanggungan mak abah. 
Habis belajar mauuu umur 28.

Kadang tu ada jugak rasa bebankan keluarga. Tapi Bumbum tahu mak abah nak Bumbum berjaya masa depan terjamin. So, kawan kawan jangan rasa bersalah nak menuntut ilmu. Sebab dengan ilmu lah kita berbeza dengan orang. Belajar pandai pandai, kerja elok elok balas jasa mak ayah, keluarga.
Tapi jangan lah duk enjoy je masa belajar. Jangan jadi anak yang tak bersyukur. Tak menghargai kedua ibu bapa. Ingat, kemana kita pergi, kita membawa nama mak ayah dan keluarga kita.

*that’s why Bumbum suka buat part time. Cari extra income sendiri. Pandai2 cari duit poket. Since form 3 lagi dah start cari duit sebab memang mak abah didik kalau nak something tu kumpul duit. So far memang tak penah mintak apa2 dari dorang. Tab ni pon birthday present. Laptop ni pulak sebab nak ganti laptop Bumbum yang dulu bagi kat adik.

Orang yang kurang upaya tu kadang kadang lagi bersyukur daripada kita yang sempurna ni.

Ya Allah ampunilah aku. 
Aku telah mensia siakan nikmatMu.

Sebagai peringatan, kawan kawan semua, bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan. Gunakan sebaiknya. Ingat lah bahawa ada insan yang lagi bernasib malang diluar sana.

Ambil iktibar. Fikir masa depan. Balas jasa mak ayah dengan kejayaan kita.
Wahhhh tacing pulak entry malam ni.

OKAYYY CHUOLSSS.

Bumbum nak sambung minum iceblended. Harap entry kali ni kita sama sama buat pengajaran. Walaupun Bumbum tak sempurna, tak salah kita kongsi kan. Sama sama ambil iktibar berusaha ke arah kebaikan.

INSHA ALLAH.
SEKIAN.

Assalamualaikum.


No comments: