Mana Nak Makan ??

Assalamualaikum semua.

Korang buat apa? Mesti lah tengah baca blog ni kan. Takkan tengah berenang pulak kan. Heheh.

Hari ni Bumbum baru ada kesempatan nak tulis pasal restoran restoran kat Shah Alam. Hahaha. Setiap kali nak makan kan, mesti ada masalah nak pilih kedai makan sebab dah bosan makan tempat yang sama. Kadang kadang tu boleh buat bergaduh la jadinya.

Dah almost 3 tahun stay kat shah alam ni, naik jemu makan kat sini. Sebab tu tiap tiap minggu Bumbum balik sungai buloh. Mak masak jugak THE BEST food ever. heheh. So, hasil pemburuan makanan kat shah alam ni, ni jelah yang dapat Bumbum share. Ada lagi kedai, tapi tak ingat nama. Kang tulis takut salah, korang tak jumpa pulak kedai nya. Kang tak memasal Bumbum kena marah. heee. 

So bagi yang tak tau nak makan kat mana, nah kat sini Bumbum ada list down beberapa kedai makan yang korang boleh pilih laa. Takde laa nak susah payah fikir fikir lagi kan. Huuuu
Kalau student MSU tu memang standard lah kalau kitorang lepak dekat mamak. 

Ni list down kedai mamak, bistro tempat nak memekak lepak lepak bazir masa. Hehehe.

     Ali Bistro ( Seksyen 13, deret dengan juadahs, dekat belakang Tesco, sebelah kedai Geng’s Corner)
Comment : makanan dia mahal lah. Nama pun bistro kan. Tapi try laa roti cheese susu dia, sedap wey. Rasa bahagia je makan.

         Restoran Asiba ( Seksyen 13, dekat ngn Geng’s Corner, depan Menara U, opposite van burger)
Comment : makanan kat sini sedap boleh tahan lah. Bagi Bumbum yang sedap kat sini mee goreng ngn kuey tiaw goreng. Harga dia murah. Bagus laa untuk student. Hari tu Bumbum makan mee goreng ngn sirap limau baru RM4.90)

     Rafi bistro ( Seksyen 13, dekat laman seri, depan Hajar Cafe)
Comment : makanan biasa standard Ali Bistro. Harga pon sama. Kalau nak lepak lepak boleh lahh. Sini port budak PTPL Shah Alam. Nak cuci mata meh sini. Hihihi.

    Restoran Shaaz ( TTDI, opposite speedmart, sebelah MAYBANK)
Comment : port budak budak Politeknik shah alam. Sini paling sedap rasanya dia punya mee rebus. Sedap weyhhh. Rojak dia pon not bad. Malam malam memang ramai lepak. Tapi sini tade wifi. Harap maklum.

#Dekat Dataran Otomobil, Seksyen 15 pon banyak kedai mamak. Tapi ramai foreigners laa sana.

Kedai kedai selain Mamak

   *Opah (TTDI, sebelah Aimar, belakang petron)
Comment : haaa, ni kedai nama opah. atuk takde. hehe. opah ni best. portion makanan dia banyak. harga pon murah. berpatutan lah. dia ada Nasi goreng kampung basong tak silap. tu la speciality dia. kat sini ada jugak western, otak otak pon ada. sini memang sesuai kalau dah lapar sangat, nak portion yang banyak.

         Adi Tanjong (sederet kedai buku, Seksyen 13, Deret restoran Asiba, opposite Bistro Qaseh)
Comment : ada set sup. Tapi tak berapa sedap lah. Tapi sup dia sup daging, yang Indian tak boleh laa yer. Ada jugak makanan lain, macam otak otak, yong tau fuu. Malam memang ramai melepak. Ni pon port budak MSU, tambah tambah lagi yang duk depan MENARA U.

       *Bistro Qaseh (Seksyen 13, depan Menara U, deret 7e, opposite Adi Tanjong)
Comment : Try makan nasi putih ngn tomyam. Sedap. Harga boleh la. Standard. Kedai ni bukak sampai pukul 11 malam. Nice place to bring your family.

       Restoran Vicchuda Tomyam( seksyen 7, dekat Hakim tak ingat blog mana)
Comment : masakan Thailand laa basic dia. Haritu Bumbum makan nasi goreng tomyam, sedap nyeewww. Terasa tomyam dia. Harga tak mahal. Service pon okay.

       *Restoran Andaman ( seksyen 23, dekat Aeon, belakang Tat Nasi Ayam)
Comment : kedai ni bukak sampai pukul 2 pagi tak silap. Breakfast pon ada. Haritu Bumbum datang around 10pm. Nasi lauk still ada, macam macam lauk korang !!! bumbum order rojak, kerepok lekor, keuy tiaw kungfu. Nasi goreng dia sedap. Harga murah. Makanan dia semua menarik. Ni kedai orang pantai timur. So, hok saeng2 klate, ganu boleh laa maghi sini yee. Hehe.

      Hajar Café ( Seksyen 13, depan Rafi Bistro)
Comment : makanan dia murah. Rasa boleh boleh laa. Kedai ni Bumbum suka pegi sebab tak ramai orang, so bila dah lapar sangat baik datang sini. Cepat je service, hati pon tak panas. Hahaha.

      Café De’ 13 ( seksyen 13, sebelah Dhiafah, sederet Nasi Lemak Cinta Sayang)
Comment : Tak yah laa datang sini kalau tak sabar. Service lambat sikit. Udang goreng tepung dia dah macam cekodok dah. Tak berapa nak sedap. Huhu.

       *Tat Nasi Ayam ( TTDI, belakang petronas, dekat seksyen 23 pon ada sebelah Aeon, tepi jalan, bawah gym)
Comment : ada dua jenis nasi ayam. Biasa or panggang. Yang panggang dia siap bagi air asam untuk cecah. Sedappppp ! harga dalam RM6.50 tak silap. Ada jugak satay ikan. Comey comey je satay nya. Otak otak pon ada. Kedai ni baru lagi.

       *Dhiafah ( Seksyen 13, sebelah Café De’ 13)
Comment : cuba korang try lunch nasi lauk kat sini. Terbaikkkkk dik nun ! haritu Bumbum makan ikan keli goreng cili, sayur2 murah je. Serious murah. Makanan dia yang bercili memang agak kepedasan, tapi sedapppp walaupun berair mata. Yang tak suka or tak boleh makan pedas, disarankan jangan amik lauk yang pedas2 kat sini.


    *Ami Restoran ( TTDI, bawah gym, sebelah 7e, opposite Makbul)
Comment : sini syok kalau lunch, lauk dia semua sedap sedap. kalau makan memang licin pinggan. Sini tempat lepak budak budak Politeknik Shah Alam. mostly lelaki laa yer. memang sambil isi perut, cuci mata. Hikhikhik. Makanan dia murah murah. Memang memuaskan.
        
    Wakiki Cafe (dekat Plaza Alam Sentral, sebelah kedai mamak apa tah)
Comment : tempat dia santai santai. makanan? Tomyam the best. Harga standard. nak lepak lepak boleh laa.

     Big Mug ( Dekat Plaza Alam Sentral, tepi jalan je, dekat TTDI pon ada)
Comment : Tomyam sedap. Yang lain lain okay jugak. Harga mahal gak laaa. Tapi berbaloi dengan makanan. Antara kedai tom yam yang sedap. 

   Restoran Barra (Seksyen 7, jalan nak g I-city, belakang McD)
Comment : Tempat syiokkkk lepak. ada shisha. huihuihui. Makanan special kat sini Nasi goreng ayam Barra. Memang sedap lah. Ayam berempah. Dia bukak sampai lewat malam. Sini nak cuci mata cari jodoh budak Uitm Shah Alam buleh lerrr. hahah.

    *Mohd Chan ( bukan Wah Chan yerr. Heheh. Dekat Seksyen 15, deret dengan poliklinik, Ambank, dekat bulatan)
Comment : Makanan kat sini memang SEDAP. Harga nya berbaloiiiiii. Kalau tengok menu rasa nak order semua. Dim Sum dia sedapp woii. Ada pau. Macam macam laa. Ni kedai cina muslim. So basic makanan dia makanan chinese laa. Bawak family try makan siniii.

   

Burger Burger, Kuih Muih, Selain nasi.

  Van Cendol (belakang Tesco extra ada satu, satu lagi dekat depan Lembaga Zakat Selangor, dekat seksyen 7 pun ada) 
Comment : dekat belakang tesco lagi sedap compare lagi dua ni. Haaa, harga standard laa harga cendol. Ada jual laksa gak. Masa panas2 sedap laaa pekena cendoiiii.

   Rojak Subang SS15 ( dekat seksyen 15)
Comment : Rojak terbaikkkk ! Ada jual ABC ngn cendol gak. Dia bukak tengah hari sampai petang je.

   Kuih Muih ( dekat TTDI, opposite masjid, depan kedai mamak Masyhur)
Comment : Kat shah alam ni memang susah nak cari kuih muih nak minum petang. So kat sini dia jual macam macam kuih. Ayam goreng laa, kerepok lekor laa, tau fuu faa laa, semuaa ada. 

Burger 
1. Van, depan Menara U, opposite Asiba, tepi jalan, bawah tiang lampu
Comment : Burger pakcik ni memang laku. Sebab burger dia sedap. Huuuu. Petang petang sikit dia baru bukak sampai kul 1 pagi tak silap.

2. Stall depan Restoran Shaaz, TTDI
Comment : Burger dia ni pon terbaik gak. ramai orang beli. rasa nya burger ni lagi okay compare yang kat depan Asiba tu.


OKAYYYY. 

Sekian. 

Penat dah duk perah otak nih pikir. Yang lain lain tu korang GOOGLE laa eh. Ni je yang termampu Bumbum tolong. Semoga korang tak hadapi masalah dah macam Bumbum selalu sakit kepala sakit hati nak fikir tempat makan. Hikhikhik. 



Ni cendol dekat van tuuu. Sedappp woiii.














    


No comments: