Meltyhersheys Strawberry

Assalamualaikum semua. 

Apa khabar? 
Hehehehe lama nya tak berblogging. 
Alhamdulliah sekarang dah boleh blogging selalu sebab abah baru je belikan Bumbum laptop baru. Selama dua tahun tak ada laptop. 
Now dah ada, sebab yang dulu punya bagi kat adik. Laptop baru jenama Ienovo. Warna merah. 
Kalau ada warna kuning lama beli dah. 
Hehehehe.

Dapat je laptop baru, terus google cari resipi. Nak buat melty hesheys. Since sekarang ni musim panas kan. 
Alang alang tengah cuti ni, so nak asah skill buat manisan. Cadang nya nak amik tempahan masa short semester nanti. 
Nak tambah duit poket (since duit banyak dah habis duk tanggung kawan tak guna tu). 

Okay senang je resipi dia. Bumbum buat main ikut suka hati. 
Sukatan agak2. 
Hahaha.

Bahan bahan nya : 

- cream cheese 200g ( boleh beli dekat pasaraya. dalam tupperware macam planta)
- whipping cream 200g ( boleh pakai yang dalam botol tu or dalam kotak punya. ada jenama anchor, emborg )
- susu pekat suku cawan ( jangan banyak banyak manis kak oii)
- biskut oreo, cream O ataupun biskut marie
- melty hersheys ( coklat or strawberry )
- coklat m&m , marshmellow, buah buahan or ikut creativity 



Kalau tak suka strawberry, boleh jugak guna coklat.
Nak pakai Nutella pon boleh.
 Cara penyediaan :

- kacau rata semua bahan tu. sampai agak2 creamy.
- sediakan bekas, ceduk adunan satu senduk tuangkan dalam bekas.
- pecah pecahkan biskut, susun atas adunan.
- tuang melty hersheys
- taburkan kacang2, buah buahan or coklat m&m
- ulang balik step sampai lapisan yang korang nak
- hias lah ikut suka
- simpan dalam peti sejuk

Tadaaa.... Ni lah hasil nyaa. Jangan ingat seganas ganas Bumbum ni tak boleh ke dapur. Haaa. 

Ni hiasan yang tak seberapa but still menarik kan? Hehe jangan pandang pada rupa. Try duluuuuu. Kasi rasa sedap kaaa tarak sedap....

Boleh hias dengan syrup strawberry. Letak marshmellow pon boleh. Isi dalam Bumbum pakai biskut oreo. Boleh jugak pakai biskut Marie.
Senang je nak buat ni kawan kawan, adik adik, kakak kakak, yang penting nak tak nak jeeee. Hehehe. Siapa nak order nanti boleh laa. Lepas cuti semester Bumbum bukak order untuk orang Shah Alam. Harga kasih sayang Bumbum bagi. Cewahhhh.

Nanti nak try buat Tiramisu pulak. Nanti Bumbum update resepi yer.
Okay lah nak squat. Jom exercise. Kuatkan otot kaki anda. Kihkihkih.
Sekian dari Bumbum.
xoxo

Salam.

Follow me : MANGOBUMBUM



No comments: